Rahsia BUat Duit Dengan Kuih Raya

Rabu, 21 Julai 2010

Irfan Khairi- Rahsia 8 Jutawan

Aku harap anda semuanya dalam keadaan sihat,maklumlah cuaca sekarang sekejap hujan,sekejap panas tak menentu..Sebenarnya aku bukanlah nak coretkan panjang-panjang fasal benda yang aku hendak tulis ini sebabnya bila aku sebut namanya,satu Malaya dah kenal sangat,siapa yang tak kenal dengan Dr.Irfan Khairi,jutawan muda yang mempunyai aura tersendiri.
Jadi sekiranya anda ingin mengetahui lebih detail mengenai formula kejayaan 8 jutawan Malaysia ini,anda boleh klik banner di bawah,seterusnya dapatkan senaskah buku beliau,memang berbaloi-baloi..



Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!




Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet




Dengan panduan-panduan yang hebat ini,aku harap kita semua boleh mendapat ilmu yang amat berfaedah ini untuk dijadikan garis panduan dan pembakar semangat untuk kita berjaya di masa hadapan.Mana kita tahu mungkin anda salah seorang yang bakal menjadi jutawan, insyaallah dan tidak mustahil anda jutawan dalam pembikinan.

Ahad, 11 Julai 2010

Ebook-ebook Hebat Oleh Masrule Hamid

Apa cerita yang menarik pada hari ini..? Sana-sini orang bercerita pasal pertandingan akhir bolasepak World cup 2010,siaran langsung pada awal pagi isnin 2.30 pagi.
Satu perkara yang menarik perhatian aku,bukan aku saja kot..malah ramai kaki-kaki bola meramalkan Sepanyol akan jadi juara,tak kurang yang menyatakan Belanda akan menang.

Bagi aku siapa-siapa yang menang tiada hal,yang pasti negara tercinta ini tak ke mana-mana dan tak dapat apa-apa,kita hanya menang sorak...Hala tuju bolasepak Malaysia..?Lu tanya pada FAM..!!Seperti aku katakan tadi satu perkara yang menarik ialah mengenai haiwan yang banyak tangan-kaki sambal " SOTONG KURITA " awal-awal lagi telah meramalkan Sepanyol akan menang perlawanan akhir ini,Belanda akan gigit jari,entah betul ke tidak allahualam..

Bagi aku ini merupakan kebetulan sahaja,jangan percaya sangat..Bola tu..kan bulat..Tak akan jadi empat segi macam buah dadu..
Aku ni menceceh lebih-lebih pulak,lupakan sekejap pasal bola.Aku nak fokuskan secara ringkas produk digital,merupakan ebook-ebook terbaru yang direka dan ditulis sedemikian rupa oleh penulisnya MASRULE HAMID berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Rahsia Promosi Dan Iklan Di Internet

Ebook-ebook beliau merupakan panduan yang lengkap dan amat sesuai dijadikan panduan dan koleksi terutama kepada newbie-newbie untuk buat duit di internet,anda tidak perlu bersusah-susah untuk mencari sumber dan rahsia yang sememangnya menjadi rahsia sebahagian besar internet marketer,rahsia tetap rahsia,bisnes tetap bisnes untuk mendapatkannya anda kena melabur sedikit..,harga mampu milik budak sekolah pun boleh beli.Yang penting ilmu yang akan anda dapat dan INCOME yang bakal anda terima kelak.

Antara ebook-ebook beliau adalah seperti 'Rahsia Promosi Dan Iklan Di Internet',aku rasa setiap newbie mesti memiliki ebook ini jika ingin sukses dalam bisnes internet,dalam ebook ini anda akan diajar panduan serta langkah demi langkah bagaimana nak buat iklan dan promosi produk,reka website,cara mudah dapatkan trafik,teknik iklan berkesan-iklan anda ada di Google Adword serta pelbagai rahsia akan di dedahkan kepada anda,anda tak akan rugi apa-apa..

Ebook Bisnes Dari Rumah


Rahsia Menulis Surat Jualan


Ebook kedua ialah 'Ebook Bisnes Dari Rumah' ,kandungan ebook ini akan mendedahkan peluang bisnes di rumah sungguh luas ,anda boleh melakukan mengikut kesesuaian masa anda sepenuh masa atau part time anda yang akan tentukan,segala rahsia dan panduan akan anda pelajari iaitu bisnes apa yang terbaik yang anda harus pilih,segala telah di siapkan untuk anda,anda cuma perlu duplicate jer..

Ebook ketiga adalah 'Rahsia Menulis Surat Jualan',anda jangan ambil mudah ,jika anda ingin tahu menulis surat jualan bukan satu perkara yang mudah ,merupakan kunci kejayaan produk-produk yang anda promosikan ,silap tulis surat jualan ..anda seorang sahaja baca ebook yang anda promote tu..haru..Sebab itu ramai juga internet marketer yang mengupah orang lain yang pakar untuk menulis surat jualan mereka.Tetapi anda tidak perlu risau ebook ini mempunyai segala-galanya untuk anda memulakan surat jualan pertama anda.

Sebenarnya

Selasa, 6 Julai 2010

AkuAffiliate-Jual Apa Saja (AAJAS)

Aku menulis bukan kerana nama,aku menulis bukannya aku pandai menulis kerana aku menulis ingin beritahu kewujudan blog aku ini.Tak payahlah aku beritahu apa kebenda affiliate tu..semua orang dah tahu,termasuk newbie-newbie.
Aku rasa dah beribu blogger yang telah ceritakan apa tu affiliate dalam blog-blog mereka,semua orang dah faham apa tugas seorang affiliate.

Seperti mana apa yang aku katakan tadi,aku nak blog aku ni di ketahui oleh semua pelayar-pelayar internet,tapi aku sedar blog baru macam aku ni agak sukar untuk bersaing dengan blog-blog otai yang mempunyai top ranking di google dan trafik yang tinggi,tapi itu tak akan patahkan semangat aku,bagi pandangan aku otai-otai internet marketer berhak mendapat hasil yang lumayan yang mereka perolehi kini,setelah mengharunggi perit jerih sewaktu mahu memulakan bisnes internet ini.

Ini merupakan proses biasa seorang newbie akan menjadi otai,yang otai akan jadi otai-otai..!!??Cuba anda tanya otai-otai internet marketer bisnis apa yang mereka buat ketika baru terjebak dengan internet ni,jawapan mereka hampir sama jadi AFFILIATE nak tahu sebabnya ,jawapanya anda cari sendiri..

Untuk menjadi seorang affiliate memang mudah pilih saja program yang membayar komisyen yang tinggi,buat promosi secara berterusan seterusnya tunggu bayaran komisyen.Secara ringkas begitulah prosesnya.Bagi newbie-newbie macam aku ni..program affiliate adalah salah satu cara kita dapat kumpul modal melalui komisyen yang kita perolehi,cepat atau lambat bergantung kepada anda sendiri.

Sebenarnya aku sengaja tidak mahu menyenaraikan nama otai-otai yang telah berjaya dan sukses,aku cuma nak menerangkan secara ringkas sahaja.Aku rasa cukuplah celoteh aku setakat ni,tunggu contengan aku dalam post akan datang.