Aku menulis bukan kerana nama,aku menulis bukannya aku pandai menulis kerana aku menulis ingin beritahu kewujudan blog aku ini.Tak payahlah aku beritahu apa kebenda affiliate tu..semua orang dah tahu,termasuk newbie-newbie.
Aku rasa dah beribu blogger yang telah ceritakan apa tu affiliate dalam blog-blog mereka,semua orang dah faham apa tugas seorang affiliate.
Seperti mana apa yang aku katakan tadi,aku nak blog aku ni di ketahui oleh semua pelayar-pelayar internet,tapi aku sedar blog baru macam aku ni agak sukar untuk bersaing dengan blog-blog otai yang mempunyai top ranking di google dan trafik yang tinggi,tapi itu tak akan patahkan semangat aku,bagi pandangan aku otai-otai internet marketer berhak mendapat hasil yang lumayan yang mereka perolehi kini,setelah mengharunggi perit jerih sewaktu mahu memulakan bisnes internet ini.
Ini merupakan proses biasa seorang newbie akan menjadi otai,yang otai akan jadi otai-otai..!!??Cuba anda tanya otai-otai internet marketer bisnis apa yang mereka buat ketika baru terjebak dengan internet ni,jawapan mereka hampir sama jadi AFFILIATE nak tahu sebabnya ,jawapanya anda cari sendiri..
Untuk menjadi seorang affiliate memang mudah pilih saja program yang membayar komisyen yang tinggi,buat promosi secara berterusan seterusnya tunggu bayaran komisyen.Secara ringkas begitulah prosesnya.Bagi newbie-newbie macam aku ni..program affiliate adalah salah satu cara kita dapat kumpul modal melalui komisyen yang kita perolehi,cepat atau lambat bergantung kepada anda sendiri.
Sebenarnya aku sengaja tidak mahu menyenaraikan nama otai-otai yang telah berjaya dan sukses,aku cuma nak menerangkan secara ringkas sahaja.Aku rasa cukuplah celoteh aku setakat ni,tunggu contengan aku dalam post akan datang.




Jadi Jutawan Hartanah bermula pada hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan