Salam dan selamat sejahtera kepada pencinta blog ini AAJAS,oleh kerana kesibukan masa yang agak terhad maklumlah bulan puasa banyak urusan lain terpaksa diuruskan dulu menyebabkan hampir 2 minggu saya tak update blog AAJAS ini.
Sehinggalah di saat ini AAJAS ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat HARI MERDEKA yang ke 53 kepada semua warganegara di bumi yang bertuah ini MALAYSIA NEGARAKU tercinta ini.Terima kasih kepada pejuang=pejuang kemerdekaan yang di ketuai oleh Almarhum Tunku Abd Rahman Al-Haj di atas kegigihan beliau dan rakan pejuang yang lain,melepaskan bumi bertuah ini dari gengaman penjajah British tanpa peperangan atau pemberotakkan yang menumpahkan darah...
Untuk berjaya kita mestilah bersatu..menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu padu,kuat dan bermaruah mempertahankan tanahair ini dari segala anasir luar yang cuba mengancam perpaduan antara kaum yang telah dibina dengan toleransi dan perpaduan yang teguh,saling percaya mempercayai dan perasaan yang hormat menghormati antara satu sama lain.
Salam 1 Malaysia,Selamat berpuasa semoga amalan baik kita diberkati olehNya di bulan yang penuh berkat ini..MERDEKA...!!! MERDEKA..!! MERDEKA...!!!! Klik ini




Jadi Jutawan Hartanah bermula pada hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan